Wednesday, April 22, 2009

Apakah disebaliknya..

Bulan ni byk perkara berlaku dlm hidup aku.
Mungkinkah ni dugaan atau pengajaran buat aku.

3 minggu lalu brg kesayangan aku iaitu
kamera aku hilang sbb ada pencuri bangang mana ntah yg berani curi, hati jadi panas je. Tangan mula jadi ringan, rasa nk pukul sesuatu tapi x th nk pukul ape. Kalau aku dpt pencuri tu, alangkah seronoknya. Al maklum la dh lama x buat "keje amal" ni..

Belum sempat rasa panas dihati hilang, aku jatuh ditimpa tangga lagi. Kali ni betul2 jatuh, jatuh dlm bilik air plak dh. Tak pasal2 kaki aku berjahit sbb terkena serpihan mozek dlm tandas. Mula2 kena x rasa sakit pn wlaupun darah keluar berduyun-duyun. Cuma mata nampak gelap je & hampir2 pitam tapi kuatkn diri x nak bg pitam..haha Bila bius dh abis, br aku sedar sume penyakit mmg akan rasa sakit gak akhirnya. Kaki jd bengkak giler, pastu nk berjalan pn ssh.Syukur la aku sempat tahan kepala masa jatuh dari terhantuk kt sink, kalau tak mesti aku lupa ingatan kejap kot..hehe
Tapi takpe, sabor je la...


3 ari selepas tu.
Dgn kaki berjahit dan bengkak tahap dewa, aku pegi pulau redang. Tempat feveret aku, pantai dan laut. Lps duk lepak2 kt marine park, time nk naik bot. Tgh aku berjalan atas jet float menuju ke bot, ombak memukul jet float. Dan x pasal aku dgn tidak rela hati terjun lagi dlm air. X pasal2 beg silang yg aku bwk basah dan sume brg dlm beg tu basah termasuk hp aku. Aduyai.
Tapi takpe, sabor je la.

Orang kata setiap perkara yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.
kadang2 aku tertanya-tanya dimana hikmah nya di sebalik
setiap perkara yg brlaku tu. Rasa geli je hati bila teringat blk sume mende ni.

Dan aku pun berfikir..
Kalau ari ni aku ssh, sesungguhnya ada lg org lebih susah dari aku.
Kalau ari ni aku sakit, ada lg org jauh lebih sakit dari aku.
Jadi, be hepy sudaaa...

Selamat malam Dunia!
Sekian.

Peace no war

-Nas-

Friday, April 17, 2009

Malaikatku tercinta.


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia..

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"


Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu"


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.."


"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"



"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"



"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"


"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?



"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"


"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"



Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"


"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.. Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat..



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.. sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak

kakimu..


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
  4. Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Peace no war

-Nas-