Monday, December 22, 2008

DuaBelas Alasan

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.

Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan...

P/s kalo wanita plak, ape la alasan kaum ni ek.

Wanita terbaik.

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah! alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie..adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Tuesday, December 16, 2008

Soklan

Tag daripada cik amoy, bisnes partner & kawan yg blom pnh bersua lg..=p

1. Do you think you're hot?
No, i'm not perfect person.

2. Upload your fave picture of you




3. Why do you like that picture?
time tu rmbut pnjang skrang dh xde.

4. When was the last time you ate pizza?
Last week

5. The last song you listen to?
Mengintai langit by coco

6. What are you doing right now besides this?
Thinking

7. What name you prefer besides yours?
i just love my own name.

Saturday, December 13, 2008

Hari ini.

Hari ini aku tak lepaskn peluang didepan mata dan terus
berusaha utk berjaya, ingin jadikn mimpi itu satu kenyataan.
Berangan smbil berusaha wlaupun kejayaan belum pasti
tp tak mngalah sebelum mncuba. Penat sunguh hari ini, ingin
skali aku melelapkn mata tapi hajat tak trmakbul.
Tempat beradu ditinggalkn sepi sendiri hari demi hari.
Kesilapan lepas aku jadikn pngajaran,
untuk berjaya dimasa akan datang.
Penat sungguh otak aku berfikir hari ini, berfikir
byk sgt smpai berdenyut kepala.

Org selalu bangga apabila dipuji,terasa hina bila dikeji.
itulah sikap manusia hari ini. Aku mungkin manusia biasa
hari ini tapi esok hari aku akan lakukan sesuatu yg luar
biasa. Hari ini aku jadikn kritikan baik atau buruk tu
sbg kritikan membina. Hari ini aku lakukan apa yg aku
nak buat, tak pedulikn apa org nk kata. Hari ini aku berangan
diserta dgn tindakan. Harapan nk tolong keluarga & sahabat sekalian dari pelbagai sudut hari ini.
Hari ini aku bergantung pd diri sendiri & berpijak
dibumi yg nyata bkn lg ilusi.
Harap2 apa aku lakukan hari ini
akan mnbuahkn hasil di masa akan dtg.


Letih, mngantuk, pening kepala & sakit2 badan sunguh
hari ini kerna ke sana ke sini tapi hilang selepas
disuntik semangat yg tinggi.
Cukup lah utk hari ini conteng mnyonteng blog.

Hidup hanya skali,mati pn skali.
lakukan apa yg kita minat bkn apa yg org nak.
Selamat malam dunia!

Thursday, December 11, 2008

Mungkinkah berlaku 7 keajaiban ini

Tak pernah org tnya nik soklan camni. Oleh sebab cik amy dh terTAG nik. Nik cuba jawab sejujurnya tnpa mnguna kn talian hayat. Cam jawab test plak.hehe



1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.


Wanita idaman sy ialah..jeng jeng jeng.. :

1. Pakai tudung & tutup aurat sbb itu wajibkan.
2. Pandai masak, kalo x pandai pun. Masak megi pn ok gak.
3. Sukakn kanak2 & x garang. Nik takut skit kalo org garang2 nih. hehe
4. kemas dan pembersih. Selekeh2 kureng suke.
5. Penyabar sbb sabar tu separuh drpd iman.
6. Jujur bila berkata-kata, openminded dan friendly.
7. Tak egois serta penyayang. Kalo queen control wat semak kepala je.


2. 7 lelaki / wanita yg pernah anda minati.

Terlalu ramai yg nik minati, tp nik cuma tulis mane yg terlintas difikiran skrang ni.

1. Anne hathaway Heroin princess diaries yg manis
2. Sari Yanti si kecil comel molek
3. Alexis Bledel si putih yg cun
4. Kristin kreuk a.k.a lana lang
5. Rozita Che wan yg manis & cun
6. Aisha heroin ayat2 cinta idaman lelaki
7. Preity zinta


3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

Sama ngan jawapan cik amy

1. Pastinya sy teruja
2. Nerbes. Berdebar rasa hati
3. Happy la. Tersengih je bila tgk org.
4. Takut pun ada kot tp hidup akan jd lebih indah
5. Susah nak digambarkan perasaan itu
6. Maybe jadi pndiam kot sbb lidah kelu utk brkata-kata.hehe
7. Hati jd senang, masalah sume ilang utk seketika



4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.


1. Nak pegi venice kt italy. Naik gondola cam syok je.
2. Gi tunaikn rukun islam ke 4. Dia ada hajjah, nik dapat haji.
3. Tokyo kt Jepun. Nikmati musim bunga sakura.
4. Pulau redang, leh snorkling & lepak tepi pntai smbil cuci mata.
5. Eifel tower kt Paris nikmati pemandangan indah
6. Taj mahal cam romantik je.hehe
7. Tak kisah la gi mane2 pn, kalo dh ngan si Dia sume jd best wlaupun lepak kdai mamak je.


5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.


1. Hadiah seumur idup ialah kasih syg spt ibubapa dia mnyayangi dia.
2. Gelang dan cincin
3. Perfume. sy kn pnjual perfume, mesti dia kena sntiasa wangi. Ckp je nk brand ape.
4. Sponge Cake & Chocolate cake yg dibuat sy sendiri.( Pasti nk lagi)
5. Baju kebaya, baju kurung atau songket ke.
6. Handbag bkn yg mcm golongan mak2 pkai tp yg kecik comel tu
7. Ape2 saje yg dia nk as long dia hepi


6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.


1. I'm yours by jason mraz
2. All my life by k-ci n jojo
3. Kejoraku yg satu by search
4. You're still the one by shania twain
5. First love by utada hikaru
6. Thank you for loving me by Bon Jovi
7. My all by mariah carey. hehe

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.

-


p/s: nik bkn bujang senang, kalo bujang senang x jadi bujang plak.hehe Ssh utk mnjadi seorang lelaki sbb byk tanggungjawab nk kena pikul. hehe Mungkin kah ada yg sudi jd teman idup? Kita tunggu dan lihat.. Zasss

Wednesday, November 26, 2008

Poyoness

Kata orang,sayang lah pada diri sendiri dahulu
sebelum kita menyayangi orang lain

Adakah aku mengharap kasih
Terdesak aku untuk meraih belaian wanita
Rela terhegeh-hegeh jejak wanita
Untuk rasa sedikit hembusan sayang
Termengah aku mengecap kehendak wanita
Tertatih aku demi kau berpaling pada aku
Adakah aku bagai mengira bintang di langit
Sungguh Sia-sia dan sial!
Aku tunduk seketika Memikirkan nasib diri
Yang mungkin ditakdirkan
Keseorangan.

Malam, sudikah kau menemaniku tatkala ku tak berteman?

Sunday, November 23, 2008

Semalam..

Semalam aku duk sorang2 gak kt umah, mama & abah x blk2 lagi. Along & abg pie x blk2 lg dari keje. Perut aku dah kosong, jadi aku pn msg along suh beli chicken grill, setelah mnunggu agak lama. Along dan abg pie blk, aku pn x ckp byk, amik chicken grill terus melantak. Time melantak, abang aku datang mnyibuk nk makan chicken grill aku. Ak pn kongsi2 la, pas mkn perut kami masih lapar lagi.

Al maklum la, mende dah skit pastu kongsi 2 lak. Bila situasi ni terjadi, Abang aku mngeluarkn idea yg bernas, ajak aku, along & dan adik laki aku gi makan KFC. Dgn sepantas kilat kitaorg bersiap, jam masa tu mnunjukkn kul 2.30 pagi. Mmg buang tebiat tol kitaorg adik beradik ni, bila dh mngidam mesti nk gak x kira kul bape pn. Smpai je, aku pn main order je sbb abang aku nk belanja lagi, lagi pun dia gak suh order.Camni la kami kalo xde mama & abah kt umah, makan kt luar je la.





-Abang Pie-

Bila xde org, ikut suke suki kami nk duk camne.



be lonely for a while..

Hari ini aku mati akal, x tau nk watpe kt umah. Bangun dari tido je, x tau nk watpe. Niat hati nk kuar gi meronda tp transport lak xde, pastu hujan plak. Buhsan sungguh duk umah sorang2, mama, abah & adik gi kelantan coz mama kena jumpa Doktor kt Husm. Along & abang pie gi keje, aku duk umah x tau nk watpe.
Kalo aku blk dr kl awal, leh gak ikut mama & abah gi kelantan tp aku lmbt blk, jadi diaorg gerak dlu. Bila dh x tau nk watpe, aku kemas bilik wlaupun x bersepah, aku basuh baju2 yg ada smpai x tau nk basuh ape lagi daa, aku basuh pinggan kt dapur, sapu & mop lantai wlaupun xde habuk sebab aku x tau nk watpe dah.

Selepas sume keje settle ak layan astro sorang2, duk tgk citer game plan & great expectations smpai petang. Smbil2 duk layan2 citer, minum air milo ais & makan coeslaw. Bile cite abis, aku duk layan jiwa dalam bilik smbil dgr lagu. Adeh, buhsan giler kalo xde org kt umah. Pastu mula la duk pikir nk ada awek, kan best kalo ada awek. Hilang skit sepi dan sunyi..wakakaka sesape single meh jd awek aku.hahaha desperate cam haram. wakakaka
Ntah smpai bila la aku idup bujang ni, aduyai.

sekian lama..

Hari demi hari, aku dh jd makin pelupa smpaikn ari & tarikh ak x ingat, apa nk jadi daa..Pg jumaat ak bertolak dari kl blk ke trg bersama Pok su. Seharian kami x makan satu ape pn sepanjang prjalanan blk, perut time tu kosong gile. Smpai kt trg leh hujan lak, aku call kwn aku si azam suh amik kami kt bus stand trg & then suh htr kami kt kedai along. Smpai kt kedai along, aku ngan pok su pekena roti john. Terisi skit perut yg kosong setelah sekian lama menanti makanan masuk mngisi kekosongan. Baru nk duk rilek2 skit, abang aku plak msg suh blk amik dia kt umah. Dgn sepantas angin, ak start kete terus blk umah.

Bila blk umah, ingatkn boleh rehat atau pn beradu di katil yg setelah sekian lama menanti tuannya baring. Blk2, abang aku ajak kuar gi ronda2 abis kn duit, aku ngan pok su on je la. Pas mandi n siap2, kitaorg gerak gi kedai DVD. Abang ak sorang ni mngidam nk beli DVD lak dh. Ak lak jenis melayan je bila disuruh plih, aku pilih la citer Madagascar 2, James Bond Quantum of solace, Bangkok Dangerous & Max payne. Dah dpt ape yg abg aku hajat, dia ajak kitaorg mkn besar. Kata dia, nk abis kn duit. Aku ngan pok su mmg suka sgt la, al maklum la x mkn nasi lg satu hari tu.

Mula2 ingt nk gi pekena Secret recipe, smpai2 dh nk tutup. Kitaorg just bungkus kek kegemaran adik beradik iaitu Banana Coklat kek. Wlaupun secret recipe nk tutup, itu bkn penghalang hajat abang aku nk mkn besar. Kitaorg gerak ke kedai ikan bakar. Smpai kt sna, Si Bos iatu abg aku terus order Ikan Kerapu 3 rasa, tomyam, Sayur hailam, Daging masak merah dan telur bungkus. Time tu yg ada skali si mat yie kwn abg aku dan awek dia si Eyna.
Bila order smpai je x pikir byk dh, bukak langkah seribu & baca doa mkn. Pastu ape lg, melantak la puas2. Kul 12.30 mlm kitaorg gerak blk umah, blk umah layan DVD lak smpai pagi.

Friday, November 14, 2008

K.a.d.a.n.g - k.a.d.a.n.g

kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan..
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita miliki..
kadang-kadang kita tak pasti apa yang kita inginkan..
kadang-kadang kita rasa sepi..
kadang-kadang kita rasa sunyi..
kadang-kadang kita termenung sendiri..
kadang-kadang tiada seorang pun yg temankan kita di sisi..
kadang-kadang kite x tau ape yg die fikir ttg kite
kadang-kadang, dia di depan mata kita tapi sebenarnya dia jauh....
kadang-kadang, kita pikir kita telah memiliki tp sebenarnya tidak
kadang-kadang hi ini hari yg paling gembira bagi kite tp kadang2 hari ini very bad to someone
kadang-kadang kita tak sedar diri kita ni sakit sebenarnye.
Kadang-kadang aku ni byk merapu & merepek ntah ape2.
tetapi apa yang kita mahu tentunya adalah yang TERBAIK dalam hidup kita!

Wednesday, November 12, 2008

kawin oh kawin..

Sabtu ari tu aku dan dak2 umah pegi kenduri kawin kakak abi, kami jadi ahli sukarela utk kenduri kawin tu. Keje kami kemas2 meja dan jadi tukang basuh pinggan & gelas. Kami dh biasa sgt basuh pinggan ni sbb slalu basuh pinggan kt restoran bile xde duit nk byr mkn, aku gurau je la beb..hehe

kitaorg suka wat keje kt kenduri kawin ni sbb rmai awek datang, sambil2 basuh pinggan tu leh usha2 awek. haha Baru semangat skit nk wat keje kalo ada bunga2 mekar ni.hehe
Kalo sape2 perlukn sukarela, pnggil la kitaorg. Tp kena kenduri yg rmai awek dtg r, br semangat nk wat keje tu membara.haha gua grau je laa..

neway,satu ari tu kecoh je kt area basuh pinggan smpai ngan mak awek pn kitaorg bergurau senda.hehe
ni gamba2 time kenduri

Budak2 comel yang romantik, kecik2 dh pegang tgn, ak pn x pnh pegang tgn camtu.hehe


Hari kanak2 riang sedunia.haha

ketibaan sang pengantin

Kami cuba mngambil tempias org berkahwin.haha

Bila semua dh blk, keje dh settle. Bergmba la dgn gaya budak2 sewel.

Monday, November 3, 2008

Mock Interview

Ari ni aku mock interview Business Communication, sumpah teruk giler time interview.
ak prepare mende lain,mende lain yg ditanya.adeh hopefully dapat markah elok r. Aku lebih rela pegi mock meeting & wat presentation dari mock interview ni.huhu Trgagap aku time interview td. ni first time lec ak x senyum,muke serius giler. time interview tu,ak main hentam jawab je. Salah aku gak, nk apply keje corporate executive. konon2 nk keje letup2, pastu time kena tnya psl keje ni x tau nk jwb pe. al makum la,keje ni x byk sgt task yg prlu dihuraikn.aduh Nasib baik mock interview je. kalo kena real interview, mmg x keje smpai tua la aku.hehe dh la nk kena speaking, lg hancur ak nk pikir ayat. kalo bahasa melayu kn sng,hang bak mai je aku hurai smpai lec trtido pn blh.hehe
k r, ak nk download lagu jap & promote bisnes aku kt kwn2.hehe
chalo khanna bebeh. :p

Sunday, November 2, 2008

Duit,pitih,pulus,wang & money

Aku suka satu jenis kertas yg dipanggil duit, ak bkn gila harta dunia tp amat memerlukn nya skarang. Bg ak,idup biar susah ada duit daripada susah xde duit. Kata org,duit bkn segala-galanya, tp segala2 nya memerlukan duit. Kalo aku ada duit yg byk,blh gak tlg family & kwn2 time diaorg ssh. Tp satu part je aku x suka pasal duit ni,leh wat manusia brgaduh, wut da f**k. opssss.
aku cr duit skrang ada lah utk kesenangan anak bini ak esok2,tu pn kalo ada org nk kawin ngan aku la.haha
Kalo aku ada duit yg byk, akan ku travel pusing dunia. Ni bkn angan2 mat jenin atau mat sentul ke.hehe insyaAllah pe yg aku inginkn ni akan tercapai.

Waste your money and you're only out of money, but waste your time and you've lost a part of your life

Saturday, November 1, 2008

Mengintai langit


Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...



p/s sori beb,abis blog gwe berkarat.aku redha je kalo kena kutuk,lagu ni xde kena mngena ngan manusia yg bakal dilahirkn ke dunia, saje2 je dgr.wakaka neway layannnn..



Thursday, October 30, 2008

bila si bujang lapar..

ni time ak gi pulau redang last week. mula2 smpai umah pok su. umi & bob xde kt umah coz dia org pi kelantan. jam masa tu mnunjukkn kul 2 ptg cmtu r,kita org amik keputusan nk gi snorkelling kt pantai besar, al maklum la ak ni leh dikatakn tourist guide gak ar. bwk kwn2 bercuti.hehe lps snorkelling,biasa r kn. perut mesti lapor pnye.hehe blk2 umah,makanan plak xde.adeh biasa la,bila mak(umi) & ayah(bob) xde kt umah, makanan pn jd xde gak.huhu tp kami ni bkn dak2 kecik lg, x kn nk meraung kot bila lapar. jd kami amik keputusan nk pi memancing ikan keli. time tu yg pegi aku, pok su, wan apek, talib, abg zan, joney n the gang. lps beli tali sasi & mata kail. perjuangan utk mncari sesuap makanan pn bermula...

pancing ikan x dapat,pancing awek pn x dapat. bergamba je dapat .hehe

hasil tangakapan joney,talib, wan, abg zan. ak dan pok su x dapat ape2, dapat tgk je diaorg dpt ikan.

proses pembedahan yg mngambil masa 1 jam lbh. al maklum la,kami x pndai nk mnyiang ikan darat ni.hehe

wan muka hepi dpt haruan, ak ngan pok su tolong mnyiang ikan je.


selepas goreng nasi goreng kampung,ikan pn dh goreng. inilah hasil kerjsama my brothers yg mnyelerakan.pastu ape lg,melantak la kami makanan tu puas2.=)

Wednesday, October 29, 2008

keletihan..

idup ni amat meletihkn kalo dipenuhi ngan aktiviti brmoral n x bermoral..bln ni cukup meletih sbb byk keje ak nk kena buat,last week kena pi BC fair for one week. pastu x sempat nk berehat,pi jmpa my famili terAngkat plak kt pulau redang plak tp xpe coz best bangat seyh..blk2 kl,nk kena pi bengkel BC lg sbtu ni,adeh.letih giler babai la gwe cmni. ari ni dh la kls smpai ptg,tido pn x sempat lg ni.mlm ni nk kena pi training silat plak.aduh lama dh gwe x turun training ni,to abg azli,sori x trn training n x sempat nk bg katalog sbb nik tertido mlm tu coz letih bangat seyh.=p bdn pn dh rasa berat nih coz x lama x trn.skarang pn dh rasa cam nk dead giler tp mau lg tulis blog ni, mata pn dh berair ni sbb x ckp tido.ak bkn x nk tido time2 maghrib ni.x elok utk otak, jd lembab nnti dh la ak ni dh otak lembab..hee kan kalo ak tido x psl2 hanyut smpai ke mlm plak. 2 minggu lg nk exam dh,risau plak den ni.hopefully sume paper ak brjln lancar spt mnggunakn minyak petrol shell n petronas la.hehe kan best kalo ak jd bdk kecik,x yah nk pikir psl blaja. kalo leh ak nk duk rilek je kt tgh laut,duk dlm kapal sendiri ngan gadis idaman yg baik,rilek & x gedikx smbil memancing ikan,snorkelling n diving.hee laut mnberi ku ketenangan beb tp jgn smpai ia bergelora. k r,nk chalo khanna. nk blk mandi lak,br segar bugar skit bdn ni.heee

Monday, October 20, 2008

Rambut

ni kaler rambut original ek.


adeh rambut ak dh jd pendek =(.. ni berlaku disebabkn oleh seorang lec yg suka touching cam pondan kena belacan, cam tulis rencana plak ak ni.hee kalo x suka tgk rmbut org pnjang, tutup mata la, pastu pi main jauh2.haha lec lain ok je tgk ak berambut pnjang, kena lec laki ni sorang suh ak potong, kalo x potong x nk bg amik kuiz,ape kejadah sume nye tu. bkn rmbut ak yg amik kuiz pastu bkn rmbut ak berserabai cam kena karen ke.=p skrang ni rmbut ak dh jd cam bdk nerd. xpe la nk wat cmne, x ikut kata lec kn x berkat sepakat lak blaja. to adi n haire, nasib kite serupa boz,kena potong rmbut.haha seramai 4 org tukang gunting yg x bertauliah t'lah gunting rambut ak. thanx kpd egie, talib, mat pet n wan apek yg mngeskperimen kn rambut ak. pasni x tau la bile lg leh brmbut panjang,rindu plak kt rambut ak cam pungguk rindu kn bulan september, x pasal2.hehe .kpd lec2 diluar sana, jgn jd kn isu rambut 1 problemo masalah yg bsr, x jd masalah problemo kalo rmbut pnjang jaga lek lok dr rmbut pendek serabut cam semak samun.hehe

Friday, October 17, 2008

Redang island


pandangan kt jeti pulau redang

on the way mnyelam cr siput n tembak ikan


Pulau redang blh dikatakn my 2nd homtown coz every year ak pi sana lepak2 jumpa sahabat2.Pulau redang ni tempat aku duk pi release tensen tiap2 taun.heh ye2 je nk release tension, mende nk pi skodeng omputeh.hehe grau je la beb. ak suka pi pulau becoz leh snorkling, tembak ikan, mnyelam smbil cr ikan duyung n joget kt redang bay cam org sawan.hik2 thanx kpd sahabat yg slalu smbut ak kt sana especially pok su my best fren, sidi, mat kobie, egie, abg zan, fatin, joney, john dan lain2 sori x sebut nama korang seyh coz rmai sgt, neway korang sume mmg frenly n best giler babai. to umi n boh masey byk2 coz bg stay kt umah n jaga mkn minum nik.=)so kpd yg nk release tension ke, nk release ape2 ke. jom kite pi pulau redang.ahakx 23/10/08 ak akn ke sana lg,kali ni bwk kwn dr kl yg sangap giler nk pi pulau.hehe jom kite gi pakat g trg kite!



wan n abi kt pantai berjaya


Oh my beloved famili

To understand your parents' love, you must raise children yourself


mmm keluarga penting woo dlm idup aku. kalo xde diaorg ntah amende ak nk buat pn ak x tau..famili n sahabat yg byk bntu ak kalo time ak ssh or erti lain kepale msk air.=p thankx 2 mama,abah,along,abg pie n adik2 skalian..abah ak ni org nya pnyabar thp dewa,ssh tol nk tgk beliau marah tp kalo dh marah errkkk..abah selalu pesan kt ak, kite idup ni jgn amik harta benda org. kalo org amik yg kite pnye xpe tp kite jgn brdendam plak ngan org tu, kite xleh nk hukum org sbb kdg2 kite sndiri pn ada wat silap..abah oh abah,nape la abah ni pnyabar sgt orgnya. x paham jiwa ak dibuatnya..ak dgr je nasihat abah, apply tu kadang2 je la becoz i'm not perfect person.hehe

Family and Friends are hidden treasures, seek them and enjoy their riches

mama plak, pnyabar gak orgnya. kdg2 garang gak tp mama ak sporting giler.. my mom a.k.a an angel for me tp skarang ni tgh sakit, harap2 mama cepat sembuh. minta maaf mama kalo ank laki mama ni degil tp dgr ckp kan.muahhh

The family is one of nature's masterpieces

along ak plak degil orgnya tp semangat kuat cam supergirl.hehe slalu masak kt aku kalo ak lapar,thanx along kerna masakan along best bangat seyh..

Families are the compass that guide us. They are the inspiration to reach great heights, and our comfort when we occasionally falter

mmm abg pie,abg ak sorang ni suka nasihat ak tp abg ak ni blh thn best gak dia ni sbb leh kata 1 kepala la ngan aku al maklum la 1 mak n 1 ayah..1 lagi slalu payung aku makan.ahakx

At the end of the day, a loving family should find everything forgivable

adik2 ak plak degil tp dgr ckp,byk kena buli ngan ak .ak kan abg . kalo x buli x syok,umah jd sunyi lak kalo xde suara adik2 n abg2 n along.hee neway luv u all damn much dan xde tapi2 dah, 4 eva luv u all!=)

My family. I realized they are the most important part of my life. Throughout the year I had many challenges, but my family were always there offering support and encouragement